Aku tanya kau nak beli ni software tak bagos untuk itu… ini, begitu begini.. tapi kau cakap tak payah pasal baru nak start. Nanti kira macam overspent gitu. Aku ok kan. Kau peh duit, kau peh pasal. Lepas tuh ada lagi satu makhlok cakap dia kata software tu bagos! Boleh buat gitu boleh buat gini, kau cakap ok! Kepala haak betol… Lepas tu kau cakap kat aku pasal makhlok tu kasi insight lain dari aku. Pak Kal Ramadhan, aku berpuasa. Aku sabar jer.
Aku tanya whether training nanti kau cover ke tak? Kau cakap training semua kau kasik kat team aku for the first few days. Lepas tu kau cakap aku pulak yang kasi training. Lepas tu kau cakap since aku peh background dalam this line, might as well aku train dari mula sampai habis kat team aku yang tak ada idea operations ni macam mana. Lepas tu tu aku ok kan. Kompeni kau apa… Aku nak cakap apa kan? Aku mintak training material lah kan? Kan? Logik ke tak? Logik kan? Abih aku nak train dorang pakai apa? Daun pisang? Pas tuh dia boleh cakap kat aku pulak… Mana ada time nak prepare kan aku training material ni semua, aku harus ready kan semua sendirik. Baik ah! Pak Kal Ramadhan, aku berpuasa, Aku sabar jer.
Kau bilang sama aku yang operations ni top secret. Tak ada orang boleh tahu. Ada confidentiality clause. Aku tentulah respond macam James Bond! Aku hangguk-hangguk tapi belom geleng-geleng lagi. Den, aku pitch kat recruitment aku in most basic form lah kan? Kan? Logik tak? Belom selected apa… nak cerita in detail, habis bila tak boleh make it buat apa kan? Lepas tuh, time candidate-candidate aku tu semua datang interview, kau soal dari A sampai huruf Ya agaknya. Dorang tahu gitu-gitu ajer. After the whole interview yang HR cakap aku tak payah join in, ada ke patot kau soal aku kenapa aku tak join interview? Aku cakap tu HR kau punya idea lah kan? Kan? Takkan lah aku nak memandai bila HR punya job cakap tak payah jadi panel nak jadi panel lah pulak!? Kan ke tu nanti pelik? Ni kau tanya aku macam gitu, aku peh pheng!!
Lepas tu, kau tanya aku lagi ni, kenapa candidate aku shortlist ni semua tak tahu cerita apa yang dorang dapat untuk comm, untuk tu, ini… aku jawab balik lah, “Dah ke kau cakap kat aku yang kau nak ni benda Top Secret??? Apa kau dah lupa?” Kau iye kan statement lama kau tapi kau add on a ‘BUT’. Itu aku tak suka. Kau cakap gitu makna gitu. Habis cerita!
Lepas tu kau tanya aku adakah yg shortlisted ni semua yang terbaik? Aku cakap Ya lah. Kalau tak takkan tak shortlisted kan? Habis tu kau cakap dorang tak bagos. Pas tu tanya aku whether aku nak amik ke tak? Aku cakap nak lah pasal bagi aku dorang bagos! Kau dah tanya aku jawablah. Pas tu kau cakap kau tanak, dan kau nak tulis email kat kau suruh aku undertake consequences if anything should go wrong for recruiting dorang tuh. Aku dah hantar, kau tak reply. Aku dah ready tau nak pergi perang, kau hegehkan pulak persiapan aku. Lepas tu, kau cakap dengan aku, kau tak reply pasal kau tanak email tu jadi bahan untuk kau fire aku. Kau tanya aku what am I trying to prove? Aku jawab balik lah… dah kau suruh aku hantar email tu kalau aku nak dorang, so aku hantarlah, apa nak jadi, jadilah! Kau cakap aku ni macam konon nak tunjuk terror. Lerrr… kan ke kau yang suruh aku decide. Aku decide dan buat lah. Kau fikir aku ni apa lembu jantan feveret kau ke apa? Pak Kal lah Ramadhan, aku puasa, sabar jer…
Lepas tu, kau cakap kau hire lagi satu orang untuk run ops ni dengan aku. Aku tanya kau buat apa? kan ke buang duit? Kau cakap kau rasa macam tak boleh trust aku. Aku pon tanya lah apa hal? Kau cakap pasal benda-benda yang telah happen macam kat atas tu yang buat dia takut nak kasi aku duit untuk press go! Dia kata aku tak ready untuk ni semualah, aku over promise lah, aku tu lah, ni lah, dan makhlok yang dia nak bawak masok ni lagi bagos dari aku. Den aku tanya dia ajelah, kalau lagi bagos, apa pasal kau masih nak aku dalam ni benda? Amik dia, bilang aku siang-siang yang kita tak boleh colaberate kan senang? Aku boleh jalan, rezeki insya’allah dalam tangan kita kalau itu usaha dan dah ditakdirkan. Tapi dia kata, dia hire si makhlok tu untuk tolong aku. Tapi aku kerja bawah si makhlok tu. Dan makhlok tu dapat gaji tinggi sikit. Ni apa ni? Siapa tolong sapa dei? Kau dah buang tebiat ke apa? Kau ingatkan aku ni budak-budak air liur meleler time tidor ke happa? Kau nak aku tolong dia cakap lah instead of dia tolong aku. Heyyyy jebatttt. Aku ni mungkin bengap tapi ni bahlol mana pon boleh tangkap dok! Tapi aku cakap lagi dengan kau… aku tak boleh lah, dengan perangai kau macam ni, kita ada karakter peh clash. Kau cakap pasal aku tak trust kau. TENTULAH! Abih kau nak aku percaya belit berita kau selama ini? Memang aku tak trust lah aku nak tarik diri… tu pon kau tak kasi.. Kau kasi aku tempoh 3 hari ni untuk fikirkan. Pak kal ramadhan, aku puasa, sabar jer lah ehk?
Abih tu hari kau suruh si Makhlok tu datang opis untuk meeting. Aku lalu depan meeting room kau ajak aku masok tak ada hak tak ada huk lepas tu aku tak ada writing material untuk tulis minutes ke notes ke kau attack aku macam-macam at the end of the 1 hr plus meeting suruh aku summarise? Aku summarise, kau cakap bukan. Si makhlok tu summarise benda yang sama kau sengeh-sengeh tanda persetujuan macam aku ni salah, si makhlok pilihan kau tu lah yang terbenar! Apa nih? Aku kasi ni sebagai sebab yang kau macam celaka dan selalu buat benda susah untuk aku bernafas, kau cakap ni untuk aku belajar. Belajar apa? Adalah benda aku belajar, aku belajar agar perangai aku tak macam kau. Aku doa lagi agar aku tak macam suar macam kau. Pak Kal Ramadhan ajar aku sabar lebih dan belajar.
Abis, satu petang tu kau ajak aku discussion kat luar opis time shopping groceries untuk party opis kau yang dah menang projek baik. Kau beli arak. Tak salah lah dah memang bangsa kau tu tak kenal yang haram bagi agama aku. Abih time bulan ruasa ni jugak, kau buat aku angkat arak-arak kau berarak ke hulur ke hilir. Sebelom tu, kau tanya aku mana NTUC fairprice. Aku dah dengar kau cakap kat chinatown tu mungkin ada takkan aku nak jawab benda sama kan? So aku cakap tak tahu. Itu pon jadi bahan untuk kau judge yang aku ni tak ada initiatip? Dah lah aku tengah bingit dengan kau tu time, kau tanya aku aku dah berat mulot nak jawab, sebab tu aku cakap tak tahu. Kau pandai sangat pi lah carik. Memang kau puji diri sendirik bila kau ceritakan aku macam mana analysis kau boleh bawak kau ke NTUC tu sedangkan aku cuma tahu cakap tak tahu. Bagos. Pak Kal Ramadhan, aku berpuasa, kau suruh aku angkat arak kau sama-sama, aku sabar jer.
Ada lagi nih, satu mesyuarat teragong tertutup antara kau dengan aku. Pasal kau macam terasa gitu kan yang aku bingit kat kau sebab itu kau ajak aku berbual. Sebelum masok bilik meeting tu, kau tanya mana aku depan staff kau. Aku cakap aku ada kat dalam opis lah. Kau cakap jangan bohong mana aku pergi? Aku cakap aku baru balik rehat lah. Aku tidor kat tangga. Aku keluar opis peh pintu pukul 1255, aku tak tahan, tak pergi solat pon (patotlah dolat nih kot) tu hari, teros pergi tangga, tido. Kau tanya aku mana aku pergi aku buih lah aku pergi semayang. Kau cakap kat aku jangan bohong, aku cakap aku pergi pas tu aku balik tangga tidor. Kau tanya pukol berapa aku balik, aku cakap 2 sepuloh gitu. Jadi in total, aku keluar 1 jam 15 minute lah jadi isu ni. Kau cakap kau ada camera, aku tahulah kau ada camera. Kalau kau ada camera kat kelengkang aku pon aku tetap akan tidor jugak pasal aku dah ngantok. Anyway itu lunch time dan aku selalu masok siang dengan balik lambat sikit dari waktu knock off. Jadi kau berkira 15 minute tu ke atau kau saja jer nak cari pasal? Muka aku dah berubah. Tahu pon kau bawak aku masok mesyuarat teragong tertutup. Yang macam aku cakap tadi, pasal kau macam terasa gitu yang aku bingit kat kau.
Kau ajak aku berbual pasal trust lagi. Pasal sejarah perbincangan kita selama 3, 4 bulan lalu. Aku repeat pasal apa yang aku rasa tak confiden dan rasa confuse, rasa diperkecilkan, rasa di banding-bandingkan tak tentu pasal, rasa lost pasal kau nak aku buat tu, aku buat, kau cakap aku challenge kau pulak. Aku macam nak sepak muka kau time tu, Pak Kal Ramadhan, aku berpuasa (skip semayang… rabak) aku bersabar jer. Kau judge aku time kita keluar shopping. Kau cakap hardworking people can be seen dari cara dorang jalan. Kau melulu ke hadapan kau ingatkan aku nak ikut? Aku tau kau nak pergi sana nanti aku sampai lah. Lagipon kau nak beli arak kan? Aku tak cakap ni semua kat kau tapi aku cuma cakap kau tak semestinya betol dan aku tak semestinya begitu. Orang kalau kenal aku, tahu aku ni pejalan kaki agong yang laju. Tapi aku tak tengok orang jalan slow sebagai pemalas. Ada bagusnya jugak jalan slow, reflect on some things dari melulu penatkan diri buat apa kalau tak penting? Kau pergi beach pergilah jalan laju-laju sampai pokok uuu. Orang kata kau gila. Aku cakap kat kau tak semestinya laju itu rajin pasal aku kenal si katek ni yang jalan laju tapi tak boleh kerja. Kau terperanjat dengan statement aku. Itu pon nak terperanjat ke? Aku belom cakap lagi suara aku sedap. Confirm kau mati heart attack.
Kau carry on celoteh pasal staff kau yang sanggup buat itu ini untuk kau. Kau kata aku tak bercampur dengan dorang dan bukan team player. Aku “HAH?” Itu adalah statement yang paling best aku dengar orang judge aku. Kalau aku bukan team player, kenapa bila aku quit tempat tu banyak orang nak ikut? Banyak orang pon berhenti pon. Banyak orang yang masih bersedih pasal aku dah tak kerja sama-sama. Tapi aku tak cakap kat kau gitu. Aku cuma respond, kau punya staff busy aku tanak ganggu tak tentu pasal.
Kau bandingkan aku dengan pekerja melayu kau yang aku boleh kira satu tangan including aku. Kau cakap tolak satu tu… yang lain yang Muslim tu apa pasal aku tak campur? Aku cakap, aku ada berbual dengan semua orang, lagipon, kenapa kena campur dengan kaum sendiri ajer? Kau cakap pasal itu boleh jadi sumber inspirasi untuk aku jadi team player kalau dah kenal lebih rapat, dan lebih senang kalau sesama kaum dulu. Aku cakap… kau salah! Pertama sekali, kawan-kawan aku yang rapat, heranlah pulak, kebanyakkannya cina dan india. Melayu memang ramai tapi yang hari-hari berbual, sms, talipon tanya kabar, pergi isap rokok tu semua yang bukan melayu. Anyway, aku tak tengok kaler peh orang dan aku boleh get along well dengan sesiapa pon. Muka kau berubah… aku tahu tapi tak komen. Aku tahu kau that time tengah pikir, kalau kau carry on this topic, aku declare kau racist. Aku dah boleh baca pon. Dua candidate terbaik aku kau cakap tak bagos. Dorang Filipina dan tehlo dorang kau cakap kau tak faham. Abih yang filipina banyak kerja kat singapore dan achieve many top sales tu apa? Pasal calling is their forte gendeng! Kau cakap aku run the whole show tapi kau banyak campor tangan. Aku ni bukan budak-budak baru swimming tau. Aku dah banyak kali lemas dan banyak kali jugak survive. Kalau tak survive dah mampos lah kan?
Kau cakap aku peh team confirm tak house kat opis mewah kau tapi tempat lain up to aku untuk choose. Aku nak choose, kau cakap belom lagi tahu nak pindah ke tidak. Bila makhlok tu datang meeting tu hari, kau dah discuss pasal office venue. Apa nih? Kau nak aku involve dalam planning ke tak nih? sama opis ke lain? sekarang ke nanti? Pak Kal Ramadhan, aku masih puasa… sabar jer.
Kau ada luahkan yang aku ni dah jadi macam problem child kau. Aku repeat lagi…”Kalau aku problem child kau, aku boleh jalan.” Tapi kau tanak pasal itu commitment kau pada aku dan keluarga aku untuk kasi aku berjaya. Aku bilang bini aku kat rumah benda ni bini aku menyumpah atas bawah. Mungkin dah buka kot time tu malam so maki hamun tak batal puasa cuma dosa jer. Aku cakap “puhleeeese, don’t give me that reason” Aku nak cakap crap jer tapi aku fikir-fikir, jangan… biar orang anu kita jangan kita buruk kat orang. Aku cakap jugak, aku tak harapkan kau peh commitment. Aku cuma perlukan details so aku boleh start aku peh work. Pak kal Ramadhan, aku berpuasa. Sabarrr jer.
Balik ke meeting tertutop tu, kau compare kan aku dengan dua melayu yang satu islam dan yang satu lagi mungkin bukan islam, kau kata yang dorang ni “way better than me”…… aku tak tercengang pon. Aku dah decide untuk withdraw. Jangan sesekali bandingkan siapa lagi bagus kalau kau belum tahu sepenuhnya. Itu hari kau cakap marketing kau lawa-lawa. Make heads turn. Aku ni tak lawa lah kan. Gemok. Sebab itu tak layak masuk marketing team. Tapi lepas aku tengok marketing team kau, aku… takper. No comment. Brad Pitt hensem. Kau cakap since aku peh team calling team, english tak bagos sangat, boleh consult mat salleh celop kau satu dengan loghat ostralia dengan budak russia tu. Aku mintak email sample dari budak russia tu. Wow! Mungkin kau tak tahu agaknya….. Pak kal ramadan, aku posa, sabor je lah.
Ha… balik pasal yang Muslim tu. Baru aku tahu perangai kau macam mana. Yang kau naik kan pangkat dan nak kasi share tu hanya tuhan ajer yang tahu sama ada masih bersaudara Islam dengan aku ke tidak. Yang kau agong-agongkan dan kau recruit aku tengok macam ada trend. Trend nyonya kat pasar pakai exekutip tapi bobal sleng tak menjadi hanchoz! Kau kata Tuhan kau selalu tolong. God is always watching. Tuhan kau itu, ini. Aku tahu kau ada tuhan. Tapi kau tahu tak yang staff Muslim kau yang lagi satu selalu miss terawih pasal kau lagi besar dari tuhan kami kot. kena balik lambat. Aku buka puasa satu time tu pukol 8 lebih pasal kau delay kan time aku nak jalan. Aku cakap aku ada RT pasal aku fail IPPT kau cakap aku tak adil menyusahkan dia dengan kompeni.
Sebenarnya aku sedih. Aku dihina dalam bulan Ramadhan ni aku ambil sebagai satu dugaan dan pengajaran lebih untuk aku tahan marah dan belajar bersabar. Semenjak aku berhenti tempat lama, aku selalu mintak ditunjukkan ke jalan yang benar dan tenangkan perjalanan aku. Kalau perjalanan ini adalah seksa dunia aku, aku redha. Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Cuma yang aku macam bodoh ni tak tahu sama ada… should I just jalan terus makan gaji dengan dekni? atau jalan sua… mungkin ni semua petanda Allah. Bulan Ramadhan yang baik ni aku pasti Allah mahu umat-umatnya lebih bersadar dan bersabar. Aku pon masih bingung ni. Kalau aku bengang selalu kena hisap rokok…. Pak Kal Ramadhan. Aku berpuasa. Nak merokok? Aku kena sabar beb….
If you don’t understand, english version here.


